IP


Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Pulau Pinang


Sejarah Penubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang Ialah Kira-Kira Hampir 30 Tahun Yang Lalu Yang Mana Petubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Ketika Itu Telah Pun Berjaya Membuka Gelanggangnya Di Kelima-Lima Daerah Di Negeri Pulau Pinang Iaitu Di Sebelah Pulau, Di Daerah Barat Daya & Barat Laut Sementara Di Sebelah Tanah Besar Pula Di Daerah Seberang Perai Utara, Tengah & Selatan.

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang Juga Mencipta Sejarahnya Yang Tersendiri Apabila Satu Majlis Penganugerahan Persalinan Tertinggi Kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang, Iaitu Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Sebagai "ULUL AMRI I" Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Penganugerahan Ini Sekali Gus Menyingkap Sejarah Lalu Bahawa Silat Lincah Pernah Mendapat Perkenan Dan Sokongan Dari Raja-Raja Melayu Seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor Dan KDYMM Sultan Perak.

Pada Masa Kini Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang Sekali Lagi Mencipta Sejarah Yang Ulung Di Dalam Diarinya Apabila Penganugerahan Tertinggi Yang Diberikan Kepada Pemimpin Negara Iaitu Kepada YAB. Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Yang Merupakan Anak Jati Negeri Pulau Pinang. Anugerah Persalinan Tertinggi Dengan Gelaran "ULUL AMRI II" Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Selain Itu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Pulau Pinang Mendapat Sokongan Padu Dari Semua Bangsa Apabila Penglibatan Orang Bukan Melayu Iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Bekas Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Yang Menjadikan Silat Lincah Sebahagian Dari Dari Beliau, Turut Menerima Penganugerah Tertinggi Ini. Maka Lengkaplah Perpaduan Dan Hubungan Erat Yang Menjadi Teras Kepada Pembinaan Perpaduan Yang Telah Terjalin Sekian Lama Di Malaysia Ini.



Go to page       >>  
PSSLM Tidak Bertanggungjawab Di Atas Seberang Kerosakan Pada Komputer Anda Semasa Melayari Laman Web Ini.
©Hak Cipta Terpelihara PSSLMPP 2008-2010