taniah kepada semua ahli silat lincah yang telah beraksi di kejohanan seni mempertahankan diri 2010 di perak pada 22-25 julai yang lepas.. so silalah layan klip video kat sebelah
la..sy dah email dgn admin dia..then dia kata nk forward kat sini lak..jap sy copy n paste.
Salam Jebat,
Terima kasih kerana menghubungi PSSLM.
Sebagai tindakan susulan, saya telah forward email saudara ke PSSLM Pulau Pinang. Saudara juga boleh lawati laman web Lincah Pulau Pinang di http://www.lincahpenang.tintajaya.com.my/news.php.
HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri IV oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Pagoh, Johor, penghujung Mei ini.
Mahaguru merangkap Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata penganugerahan itu akan melengkapkan barisan Ulul Amri PSSLM selepas tiga tokoh sudah dilantik memegang jawatan berkenaan. Katanya, Ulul Amri I ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah Ulul Amri III.
“Kami jangkakan semua ahli PSSLM di seluruh Johor akan hadir pada majlis itu nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Anak Lincah dan Gelanggang PSSLM Daerah Hulu Langat di sini, semalam.
Seramai 200 ahli PSSLM daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang awam dari 11 gelanggang perguruan berkenaan menyertai perhimpunan terbabit. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pemadam Hulu Langat, Datuk Dr Ujang Bagong dan Timbalan I, Ketua Jurulatih PSSLM Selangor, Mohd Yatin Abu Idras.
Katanya, sejak 50 tahun PSSLM ditubuhkan, lebih sejuta ahlinya dari dalam dan luar negara berjaya menguasai seni silat yang diperturunkan ilmunya dari satu generasi ke satu generasi.
Omardin berkata, pembelajaran silat juga dapat merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira pangkat serta darjat dan penyertaan remaja dalam silat dapat membentuk peribadi dan menyatukan anak Melayu khususnya untuk mengekalkan warisan nenek moyang. “Saya harap generasi muda akan dapat mendalami warisan seni silat ini kerana ia boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, selain menjulang nama negara dan budaya Melayu ke persada dunia,” katanya.