taniah kepada semua ahli silat lincah yang telah beraksi di kejohanan seni mempertahankan diri 2010 di perak pada 22-25 julai yang lepas.. so silalah layan klip video kat sebelah
la..sy dah email dgn admin dia..then dia kata nk forward kat sini lak..jap sy copy n paste.
Salam Jebat,
Terima kasih kerana menghubungi PSSLM.
Sebagai tindakan susulan, saya telah forward email saudara ke PSSLM Pulau Pinang. Saudara juga boleh lawati laman web Lincah Pulau Pinang di http://www.lincahpenang.tintajaya.com.my/news.php.
Petikan Artikel Dari Majalah PENDEKAR Edisi Bulan Disember 1991
Petikan Artikel Dari Surat Khabar Tahun 80an'
HASNURUL MOHAMED utusanpenang@utusan.com.my
BUTTERWORTH 8 Feb. – Pengerusi Silat Lincah Pesaka dan Seni Bela Malaysia, Datuk Omar Din Mauju memberi peringatan kepada Pengerusi DAP Karpal Singh jangan bersifat angkuh dan keterlaluan mencabar Sultan dan Raja-Raja Melayu.
Omar Din berkata, kebiadapan yang ditunjukkan oleh Karpal yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mencetuskan kemarahan lebih empat juta ahli silat di seluruh negara.
Katanya, orang Melayu yang bersubahat dengan Karpal juga diingatkan supaya jangan terus mencabar ‘orang silat’ yang selama ini tidak mencampuri urusan politik.
Utusan Malaysia, Ahad, 11 Januari 2009
4 Juta Ahli Silat Boikot Produk AS, Israel
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seramai empat juta ahli seni mempertahankan diri di negara ini akan memboikot penggunaan produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, setiap ahli dan keluarga mereka telah menyatakan kesediaan untuk memboikot barangan keluaran negara berkenaan dalam kehidupan seharian mereka. ''Saya yakin dengan jumlah ahli seni mempertahankan diri yang besar di negara ini, mampu untuk memberi kesan terhadap kekejaman yang dicetuskan Israel. ''Malah kesepakatan yang terjalin antara pertubuhan yang ada mampu memberi impak memandang cara ini paling terbaik masa kini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan dan Presiden Majlis Seni Bela Diri Malaysia (Marcil), Datuk Dr. Rahman Ismail. Antara pertubuhan seni silat yang memboikot produk berkenaan ialah Seni Silat Gayong Malaysia, Silat Gayong Fatani, Seni Silat Cekak Malaysia, Seni Silat Cekak Hanafi dan Seni Silat Lincah Malaysia. Dalam pada itu Omardin berkata, ahli-ahli kumpulan seni mempertahankan diri tersebut turut menyatakan kesediaan untuk dihantar ke Palestin. ''Kami sanggup untuk dihantar ke Genting Gaza untuk berjuang menentang kezaliman rejim Zionis jika kerajaan memberi peluang,'' katanya. Sementara itu, Fuad berkata, pertubuhannya akan menghantar nota gesaan kepada negara-negara Arab berhubung krisis kemanusiaan di Gaza. ''Kami akan menghantar gesaan tersebut pada Selasa ini memandangkan Liga Arab adalah antara kuasa besar dunia untuk menghentikan keganasan tersebut,'' katanya.
Metro, Sabtu, 1 November 2008
Teraju utama keamanan
Subang Jaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikurniakan Anugerah Presendential Medal Of Honour sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008. Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pula menerima Global Leadership Award dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dikurniakan International Leadership Award. Manakala Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Omardin Mauju menerima Living Legend of martial Arts; Datuk Chee Kok Wing (International Platinum Award For Peace); Datuk Ramlan Merican Naina Marican (Global Platinum Award) dan Prof Dr Mahaguru Zahalan Man (International Men of Peace Award).Muhammad menerima anugerah bagi pihak Abdullah dan Najib.Anugerah itu diberi kerana sumbangan mereka kepada misi integrasi menjadikan negara ini teraju utama negara aman dunia. Presiden International Association of Educators for World Peace (IAEWP), Prof Dr Charles Mercieca, berkata persidangan atau festival selama tiga hari di negara ini mencapai objektifnya."Kira-kira 1,000 perwakilan dari 120 negara duduk semeja berbincang serta bertukar pendapat memupuk semangat cintakan keamanan."Ini termasuk memupuk semangat di kalangan pelajar sekoleh rendah," katanya selepas menyampai anugerah di Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Piramid Convention Centre, Di sini.
Date / Time
Hubungi Kami
Setiausaha Kehormat PSSLM (PP) 2-2-14, Jalan Merbah, Pusat Bayan,11900 Pulau Pinang 012-4155840 psslmpp@gmail.com